25 April 2019

TUNGGU AYAH BERI KEPUTUSAN 'BUKA MULUT' - PU ABU AKUI KENYATAANNYA DIPUTAR BELIT


Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya kembali ke tanah air untuk berhadapan kontroversi rumah tangga yang menjadi perhatian ramai selepas beberapa minggu mengikuti rombongan mengerjakan umrah.





Ketika ditemui wartawan mStar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu, pendakwah bebas itu kelihatan terkejut.

Bagaimanapun, Pu Abu tetap memberikan kerjasama sambil membayangkan seolah-olah kontroversi isu penceraian bekas isteri yang sedang hamil tujuh bulan dapat dilalui dengan tenang ketika berada di Makkah.

"Awak tengok macam mana saya sekarang, inilah diri saya. tak nampak pun saya sugul. Maknanya tak adalah saya pulang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering atau tak makan ke," katanya.

Tambah PU Abu yang berseluar jeans bersama kemeja-T serta topi, cerita yang diketahui umum hanyalah sebahagian daripada keseluruhan situasi sebenar.

Namun yang penting katanya, cerita sebenar kemelut yang berlaku diketahui keluarga ketika tiga pihak iaitu bekas isteri, Ain Afini; wanita dikenali sebagai Hana Azraa dan ibu bapanya sendiri.

"Tidak siapa pun tahu cerita tentang sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga di pihak bekas isteri dan Hana. saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan.

"Apapun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketika ini. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian," tuturnya.

Sejak Sabtu, ada laporan mengenai luahan bekas isteri PU Abu di laman Instagram yang memaklumkan dia sudah diceraikan menerusi aplikasi whatsapp pada 13 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi tulisan Ain Afini, Pu Abu memilih untuk menceraikannya demi mengejar cinta seorang janda beranak satu.

Sehubungan itu pelbagai cemuhan dibuat netizen terhadap PU Abu kerana bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas isterinya lebih-lebih lagi ketika wanita berkenaan sarat mengandung.

Sementara itu, ketika diajak bercerita mengenai status hubungannya dengan Hana kerana dikatakan mereka sudah bernikah, PU Abu memilih untuk mengunci mulut.

Malah PU Abu memberitahu dia dinasihatkan bapanyanya, Mokhtar Rozaidi untuk tidak akan memberi apa-apa kenyataan susulan.

"Minta maaf, saya tak boleh beri apa-apa komen. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut bagi kenyataan kepada sesiapa pun.

"Saya akan beritahu selepas saya dapat keputusan dari ayah saya. Apa-apapun saya kena tunggu ayah saya," jelasnya.

Tambah PU Abu, kenyataannya selama ini turut diputar belit beberapa pihak: "Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media.

"Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi saya tak nak cakap apa-apa setakat ini. Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan darpada ayah saya," tegasnya beberapa kali.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: