24 April 2019

BERTUNANG 4 MEI DEPAN - NADIA BRIAN HARAP PERKARA BAIK DIPERCEPATKAN


"Majlis pertunangan kami akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan bakal dihadiri anggota keluarga serta kenalan terdekat. Mengenai pernikahan pula, apa yang boleh saya katakan, tarikh untuk kami disatukan sebagai suami isteri bergantung kepada rezeki.





"Jika mengikut perancangan, ia mungkin dilangsungkan pada awal 2020 atau secepat-cepatnya penghujung tahun ini," demikian kata pelakon Nadia Brian, 28, yang memberitahu dia bakal mengikat tali pertunangan pada 4 Mei depan dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin.

Menurut bintang drama 'Cinta Tanpa Henti' itu, mereka akan ditunangkan dalam majlis kecil-kecilan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor. Kata Nadia, dia amat bersyukur apabila hubungan bersama Muizz, 28, yang mekar sejak penghujung tahun lalu menuju ke fasa lebih bermakna.

Klik untuk gambar besar


"Saya sendiri berharap perkara baik ini dapat dipercepatkan," tutur Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi yang menerima lamaran kekasihnya di Paris, Perancis, dalam suasana romantik berlatarkan pemandangan Menara Eiffel, Februari lalu, .

Pelakon filem 'Ratu Kala Jengking' itu berkata dia mengenali pemuda berkenaan menerusi teman baik yang juga pelakon Ainul Aishah, kira-kira dua tahun lalu.

"Ketika itu, kami hanya berkawan. Saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, waktu itu, dan pada masa sama sibuk dengan aktiviti lakonan. Namun, pada penghujung tahun lalu, kami kembali rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nadia Brian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: