29 April 2019
BAKAL TUNAI UMRAH BERSAMA SUAMI - BELLA DALLY MOHON MAAF
"InshaAllah tak lama lagi, saya akan melihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri. Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah.
"Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda.
"Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin 🤲🏼," demikian tulis pelakon Bella Dally yang bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Arif Izuddin tidak lama lagi.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Bella menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam. Bella menerusi entri tersebut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya mendoakan Bella sentiasa diberikan kesihatan yang baik selain perjalanan ibadahnya dipermudahkan.
Untuk makluman, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally selamat bernikah buat kali kedua dengan Arif Izuddin sekali lafaz pada 31 Mac lalu.
Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Bella Dally
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment