29 April 2019

JUARA BBB 2019: "REZEKI ANAK KEDUA YANG AKAN LAHIR JULAI NANTI" - SHUK


Super Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB 2019) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam semalam telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan pelawak, penyampai radio Hot FM dan pengacara Shuk Sahar, 33, sebagai juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.





Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar mengetengahkan sketsa drama 'Nur 2' yang popular dan kini sudah berakhir episodnya di TV3 baru-baru ini.

Membawakan watak Ustaz Adam dalam persembahan komedinya, Shuk berganding dengan Jihan Muse sebagai Nur serta Azhan Rani yang popular dengan watak Ustaz Syed Hamadi. Mengulas dirinya yang dilabel sebagai 'Raja Parodi', Shuk menerima dengan positif gelaran itu dan bersyukur.

"Saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki anak kedua yang akan lahir pada Julai nanti. Kini, isteri saya hamil enam bulan dan kami mungkin akan dikurniakan seorang lagi anak perempuan. Saya juga merancang untuk bawa keluargake umrah.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya sudah lama saya buat percaturan untuk mendapatkan Jihan Muse. Dari segi idea, saya sudah berbincang dengan Jihan. Konsepnya adalah sketsa yang diparodikan. Kebetulan juga drama 'Nur 2' sedang hangat, jadi ia masa yang sesuai untuk mempersembahkannya.

"Sebenarnya, Jihan banyak membantu saya dalam persembahan ini. Kami banyak berkongsi idea termasuk soal jalan cerita sehinggalah pemilihan lagu untuk dinyanyikan. Saya sangat berterima kasih dengan Jihan, begitu juga pelakon Azhan Rani yang sudi muncul dalam sketsa komedi ini," katanya.

Kemenangan Shuk itu sekali gus mengetepikan empat pelawak lain iaitu Achey (Nasir Hamzah), 33, Sharif (Sharif Kadir Doli Shatif), 29, Mamak Puteh (Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad), 34, dan Chiwan (Mohd Azwan Sabri), 33.

Pada acara kemuncak itu, Achey bergandingan dengan teman baiknya, Black, manakala Chiwan pula memilih tampil bersama sifunya, Afdlin Shauki. Sementara itu, Mamak Puteh beraksi dengan Fikry Ibrahim, manakala Sharif Zero menjemput Heliza Helmi.



Program BBB 2019 disiarkan selama lapan minggu di TV3 dengan kesemua peserta bertanding kali ini pernah menang RM10,000 setiap minggu. Achey yang turut diramal juara sebelum ini, pernah menang sebagai juara mingguan sebanyak tiga kali ini dan membawa pulang RM30,000.

Persembahan peserta diadili juri tetap iaitu Saiful Apek dan Mark Adam mewakili 60 markah, manakala 40 peratus lagi ditentukan undian penonton menerusi laman sesawang: www.xtra.com.my/BBB2019.

Pentas Super BBB 2019 menyaksikan setiap peserta diberi cabaran beraksi bersama selebriti pilihan masing-masing bagi memantapkan lagi persembahan terakhir mereka.

Menampilkan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara, BBB 2019 menyaksikan peserta bukan hanya mempersembahkan jenaka, malah turut diwajibkan menyelitkan mesej positif dalam sketsa masing-masing.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: