29 April 2019

BELLA BELUM FIKIR ISU CERAI, TAK MAHU ANAK MEMBESAR TANPA AYAH


"Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tidak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun mempunyai anak yang masih kecil. Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.





"Lagipun, dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercerai. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda itu," kata Bella Astillah yang menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir dan isu cerai juga tidak difikirkan lagi kerana sebolehnya dia tidak mahu anaknya, Mohamad Ayden Adrean membesar tanpa seorang bapa.

Hampir dua bulan kemelut rumah tangganya bersama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berlarutan, namun sehingga kini Bella masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ramai yang tertanya, adakah beliau masih lagi boleh bersabar dan menerima suaminya itu meskipun sudah dua kali berlaku curang?

Klik untuk gambar besar


Bella juga sudah meminta petunjuk dengan melakukan solat istikharah dan hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan hidupnya selepas ini. Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung dengan Aliff, Bella akui mereka kerap berhubung dan berjumpa.

Bella yang ditemui pada majlis Chari-Tea: In Love With Farah Nabilah & Friends di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam berkata, ketika ini, dia tidak mahu terlalu memikirkan hal rumah tangganya dengan Aliff, sebaliknya hanya mengikut arus hidup.

"Fokus saya sekarang cuma berniaga. Pada bulan puasa nanti, saya dan ibu akan menjual pelbagai jenis biskut raya dan kek batik. Mengenai rumah tangga, saya hanya mampu berusaha dengan melakukan solat istikharah dan selebihnya, saya berserah kepada takdir.



"Orang luar boleh cakap apa sahaja, termasuk mempersoalkan kenapa saya masih mahu memberi peluang kepada suami. Namun, saya berhak membuat keputusan dan menentukan jalan hidup sendiri," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia dua tahun.

Pada akhir Februari lalu, Aliff sekali mencetuskan kontroversi apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose, termasuk ke pusat hiburan bersama-sama.

Terdahulu, penyanyi kelahiran Singapura itu terheret dalam kontroversi pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Bella bagaimanapun, memaafkan perbuatan suaminya dan berusaha membuka buku baharu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Beautifulnara, Berita Harian & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: