13 April 2019

"BELUM DAPAT SERU... IKHLAS ATAU TIDAK, TUTUP AURAT TETAP WAJIB" - CHE TA


Menerusi perkongsian di sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan ditanya pendapatnya tentang topik 'Bertudung Untuk Bergaya' dan berpendapat segelintir wanita mengenakan tudung kerana ingin mahu menutup aurat namun juga berhijab untuk berfesyen.





Namun, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu menegaskan tidak kira apa sahaja tujuan atau niat mereka tetapi perlu diingatkan bahawa menutup aurat itu adalah perkara wajib.

"Kita tidak tahu apa niat dia memakai tudung, mungkin ingin berfesyen dan juga nak menutup aurat. Ataupun menutup aurat dalam masa yang sama ingin berfesyen.

"Sebenarnya sesetengah orang apabila dia komen sebab dia tidak memakai tudung kerana merasakan tidak perlu jika tidak ikhlas ataupun ketika itu belum dapat seru. Sama ada ikhlas atau tidak, menutup aurat itu tetap wajib," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut ditanya bagaimana dia mula-mula membuat keputusan untuk bertudung penuh. Untuk makluman, Che Ta membuat keputusan untuk tampil berhijab pada tahun 2015 sekembalinya daripada mengerjakan ibadah Umrah.

"Zain sendiri tidak pernah suruh pun saya pakai tudung. Cuma selepas balik dari umrah, saya nak keluar pergi makan, dia cakap eh sayang pakai tudung ke? Saya mengiyakan," katanya lagi.

Untuk makluman, Zain dan Che Ta bernikah pada 11 Disember 2013 sebelum mereka dikurniakan anak perempuan, Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014. Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan yang pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: