08 April 2019

"BUNUH SAJA SUAMI SAYA DARIPADA ANDA SEMUA TABUR FITNAH" - ALMY NADIA


Menegaskan suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz bukan individu bergelar 'Datuk Seri' yang ditangkap khalwat dengan seorang wanita di Pulau Perhentian pada Jumaat lalu, aktres Almy Nadia berkata, lebih baik netizen mengambil tindakan yang lebih drastik darpada berterusan menabur fitnah kepada suaminya.





Tambah Almy atau nama nama penuhnya Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 33, ketika kejadian berlaku, suaminya sedang menjalani sesi latihan sebagai penyampai anuagerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019).

"SubhanaAllah makcik makcik bawang atau netizen puaka dunia. Syukur Alhamdulillah kerana anda semua menambah pahala suami saya. Syukur Alhamdulillah. Lebih baik bunuh saja suami saya daripada anda semua menabur fitnah kepada suami saya.

"Sekarang suami saya tengah sesi latihan untuk malam ni (Ahad) tau untuk jadi salah seorang penyampai anugerah DFKL. Gelak besar rasanya," kata Almy.

Almy menjelaskan perkara tersebut dan memuatnaik paparan skrin tuduhan netizen terhadap suaminya di laman Instagram pada Ahad.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Almy dan Fizz berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Afrina Arianna, 4; Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia empat bulan dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 10.

Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' dan pasanganya antara yang ditahan dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian.

Lelaki berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah chalet dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi hingga 5:30 pagi itu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan hasil makluman awam yang memaklumkan kehadiran pasangan itu dari Kuala Lumpur.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: