09 April 2019

"SEPATUTNYA TARIAN TRADISIONAL, ZAPIN....." - NORMAH DAMANHURI MOHON MAAF


Pelakon veteren terkenal, Normah Damanhuri menerusi laman Instagram telah tampil memohon maaf diatas insiden tarian lucah di majlis persandingan anaknya, selepas netizen melancarkan kempen 'Boikot Keluarga Damanhuri' sejak kelmarin.





Rata-rata netizen mengkritik tarian itu sangat tidak sesuai untuk majlis tersebut yang bertemakan tradisional Melayu selain memberikan pengaruh kepada masyarakat.

Dalam muatnaik video tersebut, Normah memohon maaf diatas kekhilafan semasa majlis persandingan anaknya, Ahya Rosli yang berlangsung Ahad lalu. Jelasnya tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional.

"Assalamualaikum.. saya Normah Damanhuri menyusun sepuluh jari ingin memohon jutaan maaf diatas kekhilafan tentang majlis perkahwinan anakanda saya Ahya dan Shahirah..

Klik untuk gambar besar


"Saya bagi pehak seluruh keluarga sekali lagi memohon maaf.. akan berhati2 selepas ini.. dan ia nya tak akan berulang lagi.. 🙏🙏🙏," tulis Normah pada kapsyen video yang dimuatnaiknya.

"Saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua atas kekhilafan semasa majlis perkahwinan anak saya dan pasangannya.

"Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan paperdoll itu sepatutnya tarian tradisional, zapin, miming, lawak jenaka dengan tetamu tapi saya tak sangka pula pakaian mereka itu keterlaluan untuk majlis perkahwinan," kata dala video tersebut



Jelasnya lagi, beliau tidak menyangka lelaki menyerupai wanita itu berpakaian separuh bogel dan membuat tarian lucah sehingga beliau dikecam oleh pelbagai pihak termasuk ahli keluarga sendiri.

Terdahulu, Normah mengakui mengetahui jemputan individu berkenaan dan bersetuju dengan tarian yang akan dipersembahkan. Malah anaknya, Ahya pula mempersoalkan tindakan netizen mengecam beliau.

Betul kata orang, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya. Begitu juga dengan pelakon Normah Damanhuri yang tampil memohon maaf secara terbuka berkenaan isu tarian lucah di perkahwinan anaknya, Ahya Rosli.











www.myartis.com / Sumber & foto: Oh Bulan, Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Normah Damanhuri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: