09 April 2019

TAHNIAH - RAJA FARAH SELAMAT LAHIRKAN ANAK LELAKI KEDUA


Menerusi laman Instagram, pelakon dan pengacara Raja Farah telah mengumumkan dirinya telah selamat melahirkan anak keduanya yang juga merupakan bayi lelaki pada 7 April lalu.





Dalam status tersebut, Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz, 31, memaklumkan, bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 6.15 petang.

Pelakon filem 'Gol dan Gincu' itu turut berkongsi gambar bersama suami, Iskandar Ismail, 37, dan anak sulung mereka, Imran Iskandar, 3, serta bayi menerusi laman sosial itu untuk tatapan peminat.

Klik untuk gambar besar


"Assalammualaikum semua... Alhamdulillah... we're now 4... ☺️ 👨‍👩‍👦‍👦 Syukur Alhamdulillah... we are so happy to announce the arrival of our 2nd son.. Alhamdulillah... everything went well.. • 7th April 2019 • 6:15pm • 3.45kg • boy • normal delivery •

"We would like to thank every single of you for all the doa & warm wishes.. we really appreciate it...thank you.. much love from us... #rajafarah #iskandarfarah #theimraniskandar #rfiijunior2," tulisnya.

Untuk makluman, Raja Farah dan Iskandar diijabkabulkan pada 6 September 2015. Ia adalah perkahwinan kedua pelakon 'Apa Kata Hati dan Aku Masih Dara' itu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Raja Farah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: