03 April 2019

HUBUNGAN REMY & BEKAS TUNANG - MIRA DITUDUH PERAMPAS & PEROSAK


Pelakon Remy Ishak baru-baru ini menerusi laman Instagram telah memuatnaik gambarnya bersama aktres Mira Filzah yang tampil sedondon di majlis Festival Filem Malaysia (FFM) Sabtu lalu. Ramai yang memuji kedua pelakon itu yang nampak sepadan bersama serta ramai mendoakan agar pasangan itu benar-benar bercinta.





Bagaimanapun, ada netizen kurang senang melihat gandingan mereka berdua yang mendakwa Remy dikatakan sedang angau dengan Mira. Malah, ada netizen menuduh Mira seorang perampas serta merosakkan hubungan Remy dengan bekas tunangnya.

Bagaimanapun, ramai pengikut mempertahankan Remy dan Mira dengan mengatakan mereka hanya bergambar bersama sahaja . Tidak kurang juga ada yang berpendapat jika ada jodoh antara mereka tiada salahnya.

Bulan lalu, Remy mengesahkan pertunangannya dengan Ezza Yusof sudah pun berakhir sejak sebulan lalu. Menurut Remy, setelah dua tahun bertunang, beliau tidak nampak arah ke perkahwinan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Forum Cari & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: