03 April 2019

KESAL MESEJ DIDEDAHKAN - HANS SEDIA MINTA MAAF PERIBADI KALAU SALAH


"Terkejut juga bila dapat tahu mesej yang sepatutnya antara saya dan Fazura boleh diketahui umum. Sedangkan ia adalah mesej peribadi. Saya akui memang ada meluahkan rasa kecewa itu.





"Tapi kalau betul kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah itu tak ada kena mengena, dia boleh jelaskan kepada saya, bukan dengan mengeluarkan kenyataan kepada media.

"Saya akan minta maaf kepada dia kalau betul-betul salah, tapi itulah seperti yang saya katakan sepatutnya ia antara saya dan Fazura, bukan untuk pengetahuan umum," demikian kata Datuk Hans Isaac.

Hans berasa terkilan dengan tindakan aktres Nur Fazura yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung mesej yang dihantar kepadanya yang disifatkan sebagai peribadi.

Berikutan permintaan Fazura menggesa Hans memohon maaf diatas tuduhan membawa suaminya, pelakon Fattah Amin sebagai gandingan penyampai anugerah FFM Sabtu lalu dan bagi membersihkan nama mereka, Hans tampil memberikan penjelasan.

Dalam kenyataan balas, Hans berasa terkilan dengan tindakan Fazura yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung mesej yang dihantar kepadanya yang disifatkan sebagai peribadi.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa yang sama, Hans memberitahu penyampai anugerah bersama pada malam itu, Maya Karin turut terkejut dengan kehadiran Fattah secara tiba-tiba tanpa ada sebarang pihak memaklumkan kepadanya.

"Bukan saya sahaja terkejut tiba-tiba Fattah ada sekali atas pentas, Maya pun sama. Kalau nak ikutkan hanya saya, Maya dan Fazura. Setahu saya hanya pemenang anugerah sahaja boleh menjadi penyampai anugerah," jelasnya.

Hans mengaku tidak tahu gimik diatur penganjur Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, Sabtu lalu, yang menggandingkan pasangan selebriti itu sebagai penyampai trofi hingga tercetus kontroversi kononnya ia adalah permintaan peribadi Fazura.

Pelakon dan pengarah itu memberitahu, dia hanya tahu beberapa kejutan pada malam itu, namun tidak dimaklumkan mengenai gandingan Fazura dan suaminya sebagai penyampai trofi.

"Saya hanya tahu beberapa kejutan termasuk persembahan Datin Seri Tiara Jacquelina yang diatur pada malam kemuncak FFM30. Mengenai kehadiran Fattah yang digandingkan dengan Fazura sebagai penyampai trofi, ia memang di luar pengetahuan saya.

"Saya percaya hal begini sepatutnya dimaklumkan lebih awal kepada mereka yang terbabit dalam acara itu, biarpun ia adalah kejutan dirancang. Saya terkejut dan jadi canggung... Begitu juga Maya Karin," ujarnya.



Hans berpendapat acara anugerah berprestij seperti FFM tidak perlu menyelitkan segmen 'penjenamaan' seperti menggandingkan pasangan selebriti suami-isteri sebagai penyampai trofi: "Jika acara hiburan lain, saya tak kisah jika penjenamaan dalam bentuk 'pasangan' mahu ditampilkan.

Mengenai tindakannya menghantar mesej melalui WhatsApp kepada Fazura, bintang filem 'Persona Nan Grata' itu mengaku itu adalah khilafnya.

"Saya sepatutnya menghubungi Fazura daripada menghantar pesanan itu. Mesej itu bersifat kiriman kepada kawan yang saya sudah kenal lama... Saya sepatutnya hubungi Fazura. Cuma saya tak sangka, dia bangkitkan soal kiriman mesej ini kepada umum sedangkan ia ibarat perbualan sesama kawan.

"Saya ada terbaca yang dia meminta saya memohon maaf kepadanya. Saya boleh berbuat demikian kepadanya secara peribadi, namun, tidak perlu dilakukan secara terbuka," tuturnya.

Sebelum ini, Fazura ada meluahkan rasa terkilan apabila Hans menerusi mesej di Whatsapp menuduhnya tidak menghormati artis lain apabila beliau didakwa meletakkan syarat tertentu hanya mahu bersama suaminya bagi menyampaikan anugerah pada malam FFM30 lalu.



Kelmarin, Fazura menafikan dakwaan konon penampilannya dan Fattah sebagai penyampai trofi di FFM30 adalah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur.

Fazura mendakwa, dia tidak pernah membuat ketetapan untuk menjadi penyampai trofi jika syarat digandingkan dengan Fattah dipatuhi penganjur, pada malam kemuncak anugerah berprestij itu.

Fazura yang tampil dengan Fattah menyampaikan trofi kategori Anugerah Khas Juri menjelaskan, dia dan suami masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi. Tambah Fazura, mengikut perancangan dan komunikasi dengan pihak terbabit, mereka tampil dalam slot berasingan.

Namun, dakwa Fazura, ketika menunggu giliran di belakang pentas, mereka didatangi dua petugas produksi yang meminta dia dan Fattah untuk bersama-sama naik ke pentas menyerahkan trofi.

Dalam kekalutan itu, Fazura menambah, dia dan Fattah sempat berlatih skrip, biarpun dimaklumkan pada saat-saat akhir. Fazura mendakwa, mereka diberitahu kehadiran Fattah bersamanya adalah elemen kejutan untuk acara itu.

Nampaknya semakin panas isu kehadiran Fattah di malam FFM. Apapun diharap Fazura dan Hans dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik tanpa melibatkan pergaduhan yang berpanjangan.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: