15 April 2019

JIKA MAHU MUNCUL TV, KENA BUKA TUDUNG - IESYA TOH KECEWA, TERKILAN


"Tawaran sebagai pengacara untuk pelbagai majlis masih banyak tapi untuk muncul mengacara di TV agak kurang. Ada juga tawaran tapi masing-masing kalau boleh nak minta saya buka tudung," kata pengacara TV, Iesya Toh yang kecewa dan terkilan apabila ada segelintir pihak memintanya membuka tudung sekiranya mahu muncul dalam program TV terbitan mereka.





Iesya, 36, yang juga bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia di RTM berkata, sejak tampil bertudung dia masih menerima banyak tawaran sebagai pengacara pelbagai majlis, tetapi untuk program TV berkurangan kerana kebanyakannya mahu dia tampil tanpa tudung.

Iesya berkata, dia perlahan-lahan mengurangkan aktiviti seni selepas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Huzairee Muhamad, 38, pada 29 Mei 2015. Dia kemudian mengikut saranan suaminya yang memberikannya tempoh untuk bertudung secara berperingkat selepas mereka berkahwin.

Iesya mengakui, dirinya hampir goyah apabila memberitahu suaminya supaya memberikan kebenaran buatnya membuka tudung ketika mengacara.

"Sampai ke tahap itu permintaan saya kerana saya sebenarnya meminati bidang pengacaraan. Wang sudah jatuh ke tangga kedua kerana saya sangat suka menjadi pengacara.

"Setiap kali saya bertanyakan peluang mengacara, jawapan yang diterima daripada pihak tertentu ialah mahu yang tak bertudung. Sebenarnya syarat yang ditetapkan boleh membunuh bakat-bakat dalam bidang pengacaraan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, dia perlu cekalkan hati berpegang kepada tekad untuk bertudung dan berterima kasih terhadap ketegasan suaminya dalam perkara ini.

"Saya tak kata iman saya kuat, tapi suami seorang yang mempunyai pendirian yang teguh. Suami ada asas agama yang kuat, jadi dia memang menentang keras. Sebagai isteri saya tiada masalah dan perlu taat dengan kehendak suami,” ujarnya.

Bercerita mengenai dirinya, Iesya berkata, kini dia lebih senang menjalankan kerja-kerja amal seperti membantu menjayakan persembahan Amal Nayunda, penyanyi dari Indonesia di The Royale Chulan, di sini semalam.

"Saya membawa 18 anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia serta 12 ibu tunggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ke majlis ini. Semuanya saya buat sendiri termasuk turun padang mencari mana-mana ibu tunggal yang susah.

"Awalnya saya bertanyakan kenalan di Facebook dan apabila ada maklumat, barulah saya pergi jumpa ibu tunggal ini. Ada di antara kalangan mereka yang sakit kronik, yang ada anak OKU (Orang Kelainan Upaya) dan ditinggalkan suami," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Iesya Toh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: