24 April 2019

JULIANA DAKWA KAKA 'PERAMPAS' - HUBUNGAN PERSAHABATAN BERMASALAH?


Semua pasti mengetahui mengenai pelakon Che Puan Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff yang sememangnya bersahabat baik. Setiap kali pergi bercuti tak sah kalau tak pergi bersama dan Kaka juga pernah menjadi 'bridesmaid' Juliana atau disapa Jue itu ketika pelakon kacukan itu melangsungkan perkahwinan.





Malah, pelantun lagu 'Bukan Hal Aku' itu juga pernah memberitahu dalam kalangan selebriti hanya Jue itu sahaja rakan baiknya dan mereka saling mengenali sebelum dia bergelar penyanyi lagi.

Bagaimanapun status hubungan baik mereka menjadi tanda tanya apabila kelibat Jue tidak kelihatan di majlis pernikahan dan resepsi Kaka hujung tahun lalu. Sejak kebelakangan ini juga, kedua-dua mereka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Menerusi InstaStory pula, Jue dilihat meluahkan perasaan marah kepada seseorang. Meskipun nama individu itu tidak disebut, namun ia seakan ditujukan untuk Kaka, berdasarkan foto yang dimuatnaik iaitu wanita memakai beg biru di kepala seakan mirip dengan foto Kaka.

Menurut Jue, beliau seorang yang sangat menjaga hubungan persahabatan. Malah, jika rakan baiknya melakukan perkara salah dia akan tetap mempertahankan rakannya kerana itulah dirinya yang sentiasa ada di sisi mereka tidak kira apa pun.



Sementara itu, di InstaStory Kaka, penyanyi itu ada memuatnaik status Twitter miliknya. Menerusi status tersebut, dia tidak akan berkata apa-apa kerana Allah itu ada.

Astro Gempak sempat menyimpan beberapa 'screen shot' entri Twitter Jue dan Kaka tetapi ada beberapa entri Twitter terbabit telah pun dipadamkan.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan daripada kedua-dua selebriti itu susulan konflik yang berlaku. Apa pun, diharap segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik. Dalam bersahabat, biasalah ada naik turunnya dan paling penting jernihkan semula hubungan lebih-lebih lagi jika sudah lama bersahabat.














www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Astro Gempak & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: