24 April 2019

JOY REVFA DEDAH ADA USTAZ SELEBRITI MINTA GAMBAR 'SEKSI'


Mendedahkan dia pernah dihubungi oleh beberapa lelaki berstatus suami orang di laman sosial, usahawan kosmetik, Joy Revfa memberitahu lelaki yang dikenali sebagai ustaz selebriti tanpa mendedahkan namanya itu membuat permintaan tidak masuk akal antaranya meminta gambar seksinya.





"Lelaki SETIA zaman skrg ni dh smakin pupus sbb kecurangan berada di hujung jari je.. Terutama golongan "Ustaz Syed Hamadi" ni lah smakin ramai.. Ada beberapa "ustaz celebrity suami orang" tak segan silu pun msg nak tgk gambar joy kat rumah berbaju seksi..

"Depa tak fikir jap lg kita viral screenshot tu baru tau langit tinggi ke rendah 😤. Yg penting, JANGAN START LAYAN..! #andamampumengubahnya," tulisnya di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, bekas isteri kepada komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun ini juga berkata dia tidak berminta menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Ujar Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, sebagai wanita dia memahami hati wanita dan enggan menjadi punca keretakan rumah tangga orang lain.

"Saya mewakili JANDA-JANDA kat Malaysia ni tak berminat langsung pun "suami orang".. Benda boleh mengelak, buat apa sibuk nak melayan..?! Ingat, Jangan bagi RUANG & PELUANG sedikit pun utk "suami org" tu cuba dekati kita.. Terus Pasang Niat sebab nak bantu isteri dia & anak2 dia utk mengelakkan kecurangan berlaku..



Kalau ada yg cuba nk DM mengatal tu, just block je.. atau ugut dia akan screenshot msg dia tu bagi kt family/wife mamat tu.. Isteri pun kena tahu password phone suami, IG pass / FB pass tu semua kena pegang.. PANTAU kegiatan suami! Jgn dibiarkan je.. 😡," katanya.

Dalam pada itu, Joy berkata dia bersedia membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki bujang. Asalkan lelaki tersebut bukanlah suami atau tunangan orang lain. Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan Hafiz didakwa tidak sah.

Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama. Untuk makluman, Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Joy Revfa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: