24 April 2019

MUATNAIK FOTO PERBANDINGAN - AFDLIN SHAUKI KINI SEMAKIN KURUS


Menerusi laman Instagram, pelakon, pelawak dan hos terkenal Datuk Afdlin Shauki telah mendedahkan bahawa tubuhnya kini semakin susut dan ia dibuktikan melalui perbandingan gambar yang dimuatnaik. Gambar itu menunjukkan perbezaan bentuk tubuhnya pada Disember 2018 dan April 2019.





Malah muatnaik itu bagi memberikan semangat kepada pengikutnya yang mengalami masalah berat badan dengan mesej bahawa jangan putus semangat untuk menguruskan badan.

Dalam muatnaiknya itu, Afdlin mengakui melakukan perubahan ini demi anak-anaknya dan berikrar akan mencapai berat badan ideal secara perlahan-lahan. Afdlin turut berjanji akan terus konsisten terhadap perubahan ini.

Mungkin perkongsian Afdlin ini akan membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia bahawa misi mendapatkan berat badan ideal adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Klik untuk gambar besar


"Nak bagi semangat kepada gang gang yang rasa kita tak boleh kurus lagi... abg pun rasa macam tu tapi bila tengok anak-anak dan gunakan mereka sebagai big WHY abg....

"Pelan pelan kita menuju kepada objektif kita... In Shaa Allah doakan abg terus istiqamah. Kiri 11 December 2018, Kanan 20 april 2019. #inspirasishauki #motivasi," tulisnya.

Kerajaan sebelum ini mengakui masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan sedang meningkat. Kajian mendapati seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti.

Kami mengucapkan tahniah kepada Afdlin atas iltizam untuk mengutamakan kesihatan dan menjadi contoh terbaik kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan!


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Afdlin Shauki


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: