24 April 2019

"ORANG RAMAI PERLU TAHU KEBANYAKAN ARTIS TIADA KUASA....." - AS'AD MOTAWH


Selain menegaskan persembahannya tidak mendapat sambutan di sebuah pusat pengajian tinggi swasta baru-baru ini di luar bidang kuasanya, penyanyi As'ad Motawh, 18, berkata, perkara sebegitu boleh berlaku kepada mana-mana artis pun kerana mereka tidak boleh mengawal sesuatu keadaan termasuk kehadiran penonton.





"Orang ramai perlu tahu kebanyakan artis tiada kuasa seratus peratus untuk mengawal segala hal. Disebabkan itulah kami kena bergantung dengan pengurusan.

"Kami juga ada kontrak dengan pengurusan yang perlu dipatuhi. Apapun, saya berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian baru-baru ini," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Senyum' itu menjelaskan setiap tawaran ada perjanjian yang sudah dipersetujui pihaknya dan penganjur.

Klik untuk gambar besar


"Menerusi acara ini, saya cuma memenuhi tawaran dan dibayar untuk menghiburkan penonton. Berbeza jika ada perjanjian untuk memuat naik acara itu di media sosial sebagai salah satu medium promosi.

"Kali ini, segala-galanya pihak pengurusan yang uruskan dan saya tidak masuk campur. Jika saya muatnaik poster mengenai acara yang bakal dijayakan, pasti ramai yang datang menonton," ujarnya.

Terdahulu, As’ad bertindak membalas 'tweet' seorang pengguna di Twitter yang memuatnaik foto lokasi persembahan itu yang lengang.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram As'ad Motawh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: