22 April 2019

MENANG 'COUPLE MELETOP': TAK HADIR - FATTZURA DIPERSOAL NETIZEN


Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) telah berlangsung dengan meriah malam semalam. Seperti biasa pasangan selebriti kegemaran Malaysia iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura telah memenangi anugerah 'Couple MeleTOP' pada tahun ini.





Namun ketiadaan kelibat pasangan itu menghadiri majlis tersebut mengundang kritikan netizen hingga ada membangkitkan kontroversi hubungan tegang diantara Fazura, Fattah dan hos MeleTOP, Neelofa.

Rata-rata peminat meluahkan rasa marah ketiadaan pasangan itu bagaikan tidak menghargai segala usaha dan sokongan peminat mengundi mereka sehingga menang. Malah ada juga mendakwa mereka ini tidak profesional?

Apapun, mungkin ada sebab disebaliknya Fattzura tidak menghadiri majlis AME 2019 semalam. Bak kata Fazura fikir positif sahaja, apapun tahniah diucapkan buat pasangan meletop ini.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: