22 April 2019

SYAFIQ FARHAIN: "TIDAK PERLU MINTA IZIN... ARWAH BENARKAN SAYA NYANYI..."


"Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu. Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja.





"Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia. Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya. Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang.

"Malah, setiap kali saya bertemu arwah dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya," demikian kata penyanyi Syafiq Farhain yang memberitahu semasa hayat bapanya, penyanyi arwah Saleem tidak pernah menghalang beliau menyanyikan lagu-lagunya.

Klik untuk gambar besar


Bekas peserta program 'Big Stage' itu akan tetap menyanyikan lagu arwah sekiranya terdapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan.

Baru-baru ini, isteri kepada Allahyarham Saleem iaitu Julia Bachok memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dengan mudah membuat duit dengan menggunakan nama serta lagu arwah suaminya.

Malah, beliau juga meminta syarikat rakaman anak tirinya, Syafiq Farhain untuk meminta kebenaran daripadanya jika Syafiq ingin menyanyi lagu arwah bapanya. Dalam satu kenyataan lain, Julia menjelaskan beliau tidak menyalahkan Syafiq dan mungkin salah faham berlaku ketika isu berkenaan hangat diperkatakan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Harian Metro, Berita Harian & Instagram Syafiq Farhain


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: