Ramai wanita mengagumi semangat pelakon Rita Rudaini yang hampir enam tahun bergelar ibu tunggal dalam membesarkan dua cahaya matanya. Jika anda mengikuti laman Instaragam Rita, pelakon ini sering berkongsikan video anak-anak.
Baru-baru ini, Rita berkongsikan satu video anak sulungnya, Airit Rayyan yang bersedih dipujuk oleh bapa kepada rakannya. Menerusi entri tersebut, Rita turut meluahkan rasa sebak berkata melihat situasi tersebut.
Kata Rita lagi, dia terpaksa membiarkan anaknya itu duduk seorang diri untuk memberi ruang kepada anaknya untuk bertenang kerana kecewa dalam acara sukan tahunan di sekolah.
"Dr jauh mommy dah nmpk muka dia frust... mmg xnak tegur.. n biar dia duduk sorang2... ambik masa bertenang.... last2 nangis jugak... mommy sebak jugak sbnarnya sebak sbb tgk daddy org lain plak g pujuk n peluk dia ðŸ˜
Klik untuk gambar besar
"Ryan terlampau sedih sbb dr P1,P2,P3 GREEN HOUSE CHAMPION... tahun ni jatuh no 2... its ok syg.. Ryan tetap no 1 di hati mommy ❤️ @airitryan727," tulisnya
Diruangan komen, rata-rata netizen turut merasa sebak dan menitiskan air mata melihat momen tersebut serta memberikan kata-kata semangat kepada Rita dan anak-anaknya untuk terus kuat menjalani kehidupan.
Untuk makluman, Rita dan Aidil Zafuan berkahwinan pada 2008, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja apabila bercerai pada 5 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rita Rudaini
________________________
No comments:
Post a Comment