26 April 2019

"TAK TAHU AIMAN BUDAK BAIK ATAU TIDAK... KALAU DUA-DUA RESTU OK" - ZAINOL


"Nampaknya mereka bukan sekadar berkawan, hubungan merekan kelihatan intim. Namun saya tak berapa kenal dengan Aiman. Saya tak tahu dia budak baik atau tidak. Saya tak tahu hal sebenar kerana orang boleh cerita macam-macam. Memandangkan saya masih hidup, of course the right thing to do kena minta restu ibu bapa.





"Kalau dua-dua restu, ok. Kalau dua-dua tak restu tak ok. Kalau salah seorang sahaja yang restu pun tak ok juga," jelas pelakon Zainol Macwilson yang hanya mengetahui hubungan anak gadisnya, aktres Zahirah Macwilson melalui media sosial namun tidak begitu mengenali aktor Aiman Hakim Ridza.

Berkenaan hasrat anaknya untuk mengikat tali pertunangan, Zainol berkata, ianya perlu mendapatkan restu daripadanya sebagai bapa dan ibu Zahirah. Pertunangn itu hanya akan berlangsung jika keduanya merestui.

Hubungan cinta diantara Zahirah dan Aiman bukanlah lagi satu rahsia. Mungkin selepas ini Zahirah perlu merancang pertemuan kekasih hati dengan bapanya pula, barulah boleh berkenalan dengan lanjut. Terdahulu Aiman telah bertemu ibu Zahirah dan semuanya berjalan dengan baik.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: