09 April 2019

SETIAP KECAMAN & CELAAN - ISTERI LAN PET PET MAAFKAN 'IN ADVANCE'


Isteri kepada pelawak Lan Pet Pet iaitu Ruby atau Rubitah Che Wan yang juga adik kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan itu menerusi laman di akaun Instagram miliknya berkata, setiap perkara buruk Allah izinkan berlaku pasti ada hikmahnya.





"Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan. Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.

"Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan 'in advance', kerana kita semua manusia tidak sempurna," katanya.

Ruby turut berkongsi ilmu berkaitan amalan ringan pembawa ke syurga iaitu dengan memaafkan setiap orang dan membersihkan diri daripada segala rasa iri dan benci.

"Tidurlah setiap malam dalam keadaan tanpa dendam dan rasa sakit hati. Amalkan sebelum tidur setiap hari. Ringan bukan bermakna mudah dilakukan namun perlu dalam sesuatu keadaan.

Klik untuk gambar besar


"Sambil baring saja boleh memaafkan sesiapa saja. Insya-Allah, syurga menanti. Fadilatnya sudah dibuktikan oleh sahabat Nabi," tuturnya.

Kelmarin, tular di media sosial rakaman dan keratan (footage) kamera litar tertutup memaparkan pelawak popular era 90-an bertikam lidah dengan seorang pengawal taman perumahan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.

Warganet tidak hanya menyerang Instagram Lan tetapi turut meninggalkan komen di akaun Ruby meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah sikap dan belajar menghormati orang yang lebih tua.

Harian Metro semalam sekali lagi cuba menghubungi pasangan berkenaan namun mesej menerusi aplikasi WhatsApp masih tidak berbalas serta telefon bimbit juga turut dimatikan.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: