09 April 2019

ZIZI KIRANA: "TERIMA KASIH DOAKAN... PERLU WAKTU BENAR-BENAR IKHLAS"


"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya bertudung. Apa yang boleh saya katakan, perlukan waktu untuk benar-benar ikhlas. Saya tak mahu kalau nanti pakai tanpa rasa seikhlas hati, akan buka tudung tidak lama selepas itu," kata penyanyi Zizi Kirana.





Penyanyi lagu 'Siapa Yang Bap' itu mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengikut di Instagramnya yang mendoakan supaya dia bertudung. Zizi, 34, Pbagaimanapun memerlukan sedikit masa untuk mengikhlaskan hatinya sebelum benar-benar berhijrah.

Ditanya sama ada tindakan beberapa artis tempatan membuka tudung, membuatkannya rasa ragu untuk berhijrah, Zizi berkata, dia faham situasi mereka.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak menghakimi tindakan mereka kerana tahu, kita tak boleh membaca hati manusia. Setiap penghijrahan itu memerlukan masa. Saya lihat apa yang berlaku dari sudut positif dan saya sendiri pun sentiasa menantikan waktunya tiba untuk bertudung," jelasnya.

Menurutnya, foto bertudung yang dimuatnaik di Instagramnya baru-baru ini menerima komen paling banyak dalam kesemua muatnaik pernah dikongsikan.

"Saya terima lebih 2,000 komen daripada pengikut dan paling mengejutkan, buat pertama kalinya, hampir kesemua komen adalah positif. Jadi, saya pandang setiap pendapat warganet ini dari sudut positif yang mahukan kebaikan untuk diri saya," ujarnya yang masih lagi mempromosikan single barunya bersama Altimet, 'Pendekar Pena'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagran Zizi Kirana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: