25 April 2019
TAHNIAH - ELFIRA LOY UMUM DIRINYA HAMIL ANAK SULUNG
"Alhamdulillah. Memang kalau orang tanya dengan saya memang saya akan jawab. Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami. Kandungan saya masih baru lagi. Saya baru menjalani pemeriksaan dan bayi dalam kandungan pun sihat.
"Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Saya tidak menyangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin," kata pelakon Elfira Loy, 25, yang mengumumkan dia sedang hamil anak pertama selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.
Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan. Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.
"Saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil. Saya dapat tahu hamil apabila sudah lama tidak datang bulan. Saya ada buat beberapa ujian kehamilan sendiri tetapi tidak mempercayai. Akhirnya saya pergi klinik dan doktor mengesahkan saya hamil," tuturnya lagi.
Klik untuk gambar besar
Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.
"Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami. Saya sudah melepasi trimester pertama(1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk," jelasnya.
Tambah pelakon Qalesya itu yang mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu selepas tidak sampai setahun berkenalan itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.
"Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Kosmo & Instagram Elfira Loy
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment