26 April 2019
USTAZ AHMAD DUSUKI TEGUR - FATHIA KONGSI FOTO PANAS 'DICIUM LELAKI'
Isu buka tudung dan kini tampil dengan rambut pendek belum lagi reda, namun Fathia Latiff sekali lagi hangat diperkatakan apabila foto panas beliau berpelukan mesra dan dicium seorang lelaki tersebar di media sosial.
Fathia memuatnaik foto tersebut di InstaStories bersama beberapa kenyataan berbaur sindiran terhadap pihak yang terus mengecam tindakannya membuka tudung dan turut menyertakan ayat-ayat berbaur lucah.
Daripada perlakuan Fathia ini, rata-rata netizen berpendapat mungkin beliau sememangnya mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan pakar. Ada juga yang mengatakan mungkin Fathia sengaja memuatnaik foto panas itu kerana ingin meraih publisiti.
Terdahulu, Fathia mengesahkan beliau sudah membuka tudung dan sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu kerana penampilannya ketika berhijab penuh dengan dugaan serta cabaran.
Klik untuk gambar besar
Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Sebelum ini, Fathia menutup aurat atas desakan orang dan bukannya kerana Allah SWT.
Reaksi Fathia yang seolah ceria mengumumkan telah membuka tudung mendapat perhatian pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang menegur pelakon itu agar tidak berbangga dengan dosa yang dibuat.
Menerusi Facebook, Ustaz Ahmad Dusuki memberi teguran terbuka buat Fathia. Menurutnya, dunia glamor dan kemasyhuran hanyalah sementara, berbanggalah ketika memakai tudung dan tidak berasa hebat apabila membukanya.
"Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.
"Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu. Allah telah menyelamatkan kalian dengan ketaatan, berbanggalah saat bertudung bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini," tulisnya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan dan nasihat Ustaz Ahmad Dasuki. Dalam pada itu, ada yang berkata, apa yang dilakukan Fathia itu memang satu kesalahan besar dalam agama, tetapi kita janganlah terlalu mengecam beliau sehingga pintu hatinya tertutup untuk menutup aurat.
Memang benar sekali teguran Ustaz Ahmad Dusuki itu, semoga Fathia sudi membacanya dan renungkanlah setiap teguran itu. Apapun doakan yang terbaik sahaja buat Fathia agar beliau kembali di jalan yang benar. Memang beliau melakukan kesalahan tetapi biarlah nanti beliau berubah dengan ikhlas atas kerelaan hatinya sendiri.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment