08 May 2019

AKAUN DIGODAM - PU ABU NAFI DI THAILAND, AKUI NIKAH HANA SECARA SAH DI MALAYSIA


Nampaknya status hubungan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi dengan janda anak satu dikenali sebagai Hana Azraa sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas beberapa minggu.





Pagi tadi, kecoh di media sosial apabila kenyataan PU Abu sudah pun berkahwin dengan Hana Azraa di Thailand menerusi InstaStory itu sekaligus mengesahkan spekulasi dimana ada pihak mendakwa melihatnya bersama Hana Azraa di Thailand pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, PU Abu menafikan bahawa dia dan Hana bernikah di Thailand seperti yang tertulis dalam kenyataan yang dimuatnaik di InstaStory miliknya itu. PU Abu menjelaskan akaun media sosialnya itu telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, PU Abu mengakui sudah pun bernikah dengan Hana Azraa tetapi lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan pada posting berkenaan. Katanya lagi, perkahwinan mereka juga direstui oleh kedua-dua belah keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Memang benar saya dan Hana sudah bernikah tapi bukan di Thailand.. di Malaysia. Malah kami berkahwin pada tarikh lebih awal daripada tarikh yang didakwa itu.

"Jadi apa yang didakwa individu tersebut tidak benar. Perkahwinan saya dan Hana juga di bawah pengetahuan kedua-dua keluarga kami," jelasnya.

Terdahulu, kisah rumah tangga PU Abu menjadi bualan ramai apabila bekas isterinya, Ain Afini membuat pendedahan mengenai bekas suaminya itu yang telah menceraikannya melalui aplikasi WhatApp ketika dia sedang hamil.

Perceraian itu berlaku disebabkan orang ketiga, malah PU Abu ada meminta kebenaran untuk berkahwin lain hanya dua bulan selepas mereka berkahwin.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Rotikaya, Instagram PU Abu & Hana Azraa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: