08 May 2019
"NEELOFA PERNAH CUBA ISLAMKAN I DI ROME..." - MICHAEL ANG
Umat Islam baru-baru ini telah menerima saudara baru apabila pengarah dan penerbit, Michael Ang mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu. Michael Ang turut berkongsi cerita dimana dia telah mendapat hidayah sejak dua tahun lalu apabila dia mimpikan Kaabah.
Terbaharu, menerusi satu program terbarunya, Michael menceritakan pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa pernah cuba untuk mengislamkan dirinya. Namun, Michael membuat pengakuan bahawa ketika itu dia sudah pun bergelar Mualaf.
"Salam everyone u all tahu tak Neelofa pernah cuba islamkan I di Rome. Saksi kan perbualan santai I dlm Chit Chat With Michael Ang di Youtube Official Ria X https://youtu.be/fF6NHoWeA40 luv u all
Klik untuk gambar besar
Menerusi perbualan itu, Michael turut menceritakan bagaimanapun dia terbuka hati untuk mendalami tentang agama Islam dan memeluk Islam. Dalam pada itu, Neelofa turut mendoakan agar Allah sentiasa membantu perjalanan Michael agar tidak mudah goyah.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pengarah itu kekal istiqomah dan menjadi Muslim yang baik. Malah ramai yang mengatakan Michael antara insan yang terpilih kerana mimpikan Kaabah. Kata netizen lagi, Neelofa sememangnya sahabat yang baik kerana sahabat yang baik akan membimbing ke arah kebaikan.
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya, Instagram Michael Ang & Youtube Official Ria X
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment