08 May 2019
"ALAHAN TIADA, PERUT PUN LEPER SAHAJA" - ADIRA TAHU HAMIL USIA LIMA BULAN
Memberitahu dia tidak menyedari dirinya sedang hamil anak ketiga sehingga usia kandungan memasuki usia lima bulan, penyanyi Adira Suhaimi berkata, selain tidak mengalami sebarang alahan, perutnya yang agak kecil membuatkan dia tidak tahu kehadiran di kecil berkenaan.
"Sebenarnya sudah dua kali pengalaman saya mengandung ketika berpuasa. sejujurnya saya tidak mengetahui yang saya sedang hamil... alahan tiada, perut pun leper sahaja.
"Sehinggalah kandungan memasuki usia lima bulan, itupun selepas saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Bila doktor tekan, baru tahun ada baby," jelas Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 28.
Dalam pada itu, Adira yang merahsiakan jantina anaknya itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya dikurniakan bayi lelaki atau perempuan kerana kini adalah ibu kepada sepasang cahaya mata.
Klik untuk gambar besar
"Jantina anak saya tak scan lagi. Biarlah ianya menjadi kejutan buat semua. Saya tidak kisah soal jantina kerana sudah ada Anggerik (Perempuan) dan Assan (Lelaki). Untuk kehamilan kali ini saya tidak kisah lelaki atau perempuan asalkan dia sihat," katanya.
Tambah penyanyi lagu 'Pujaan Hati' ini, dia juga tidak menolak sekiranya dikurniakan anak yang ramai: "Kalau boleh nak merancang juga tapi sudah rezeki. Saya okay sahaja kalau anak ramai. Lagi seronok... cuma awal-awal tu mungkin susah sedikit".
Terdahulu, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan itu menimang cahaya mata pertama bernama Anggerik pada 10 Mac 2017 manakala anak kedua iaitu Assan pada 9 November tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Adira Suhaimi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment