08 May 2019
PERNAH AJAR BUDAK MENGAJI - ZIZI AKUI AMAL BACA YASIN SETIAP MALAM JUMAAT
"Selepas memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengajar budak-budak mengaji di masjid selama lebih tiga tahun. Rumah saya memang betul-betul depan masjid, jadi saya ambil tugas mengajar adik-adik yang baru nak mengaji dan sampai sekarang orang kampung memang tahu saya dulu pernah mengajar agama.
"Selepas mengajar mengaji, bermulalah karier saya sebagai penyanyi nasyid bersama kumpulan Zaiyan dan akhirnya menjadi penyanyi komersial seperti sekarang ini," demikian kata penyanyi Zizi Kirana yang berkongsi kisah dirinya sebelum ini.
Disebalik karakternya daring, seksi dan menggoda, siapa sangaka Zizi dahulu pernah bergelar seorang ustazah. Penyanyi lagu 'Nak Ke Tak Nak' itu berkata selepas tamat pengajian di Tingkatan lima, dia secara sukarela mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran di masjid kampung halamannya di Semporna, Sabah.
Dalam pada itu, meskipun sibuk dengan karier nyanyian, Zizi memberitahu dia tidak pernah lupa membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.
Klik untuk gambar besar
"Sampai sekarang saya selalu amalkan baca Yasin dengan niat sedekahkan kepada keluarga dan mereka yang sudah tiada. Kalau saya rasa susah nak tidur, saya buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci membuatkan saya tenang dan rasa tenteram.
"Secara jujurnya saya pun masih lagi belajar tentang agama dan doakanlah supaya saya menjadi manusia yang lebih baik selepas ini," ujarnya.
Sebelum ini, Zizi menerima pujian dan komen positif peminat apabila memuatnaik foto dirinya mengenakan tudung di laman Instagram. Zizi menyambut baik komen tersebut dan mengucapkan terima kasih atas doa dan memberitahu akan mengenakan tudung jika dirinya sudah benar-benar bersedia.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zizi Kirana
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment