08 May 2019

KEJUTAN TAK JADI: ISTERI HAMIL KEMBAR ALAMI PENDARAHAN TERUK - ALIFF SYUKRI MOHON DOA


Menerusi satu posting di laman Instagram, usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan isterinya, Datin Seri Shahida Mod Rashid dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan yang memberi risiko kepada kandungannya.





Menurut penyanyi lagi 'Abang Nak Tegur' dan 'Bobo Dimana' itu, selepas pemeriksaan imbasan doktor mengesahkan isterinya hamil bayi kenbar: "Impian yang tak tercapai. Tolong doakan kandungan isteri saya selamat. Dugaan 2 Ramadan".

Jelas Aliff, dia bertindak merahsiakan kehamilan isterinya kerana mahu membuat kejutan kepada orang ramai sebelum isterinya mengalami insiden tersebut. Namun Aliff turut meminta doa orang ramai agar kandungan isterinya selamat. Pendarahan yang dialami Shahida dikatakan disebabkan terlalu tertekan dengan isu anak keduanya baru-baru ini.

"Tolong doakan isteri saya dan kandungannya. Sepatutnya kehamilan ini dirahsiakan dahulu tetapi saya beritahu juga kerana mengharapkan doa peminat di luar sana. Keadaan isteri saya ini mungkin disebabkan terlalu tertekan dengan isu Qhadeeja (anak kedua) baru-baru ini hingga dia mengalami pendarahan yang mungkin mengakibatkan keguguran.

Klik untuk gambar besar


"Namun dugaan mungkin tertekan dengan keadaan semasa baru-baru ini di mana banyak pihak membesar-besarkan dan mungkin sebab itu berlaku pendarahan yang agak banyak. Mudah-mudahan kedua-dua anak saya dalam kandungan selamat. Doakan ya semua sahabat Instagram (IG) dan Facebook (FB). Mudahan dipermudahkan segala urusan," tuturnya.

Tambah Aliff lagi, jika mengikut pemeriksaan doktor, anak yang dikandung Shahida ialah bayi kembar seperti yang diidamkan pasangan tersebut: "Bila scan pula doktor beritahu baby kembar. Ya Allah sayang ya. Ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugur? Mohon doakan isteri dan anak-anak saya selamat, doa anda semua amat saya hargai".

Untuk makluman, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, dan Yusoff Al Qardawi, 10 bulan. Pasangan ini turut mempuanyai seorang anak angkat yang diberi nama Ameena.











www.myartis.com / Sumber, foto & video: mStar, Kosmo & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: