04 May 2019

DIKATA TERDESAK NAK KAHWIN - ZULIN AKUI DAH LALI, SERIK KONGSI KISAH CINTA


"Saya serik nak berkongsi kisah perkahwinan sebab takut tak jadi macam dulu. Jadi, selepas ini kalau betul-betul kahwin saya tak akan beritahu kepada sesiapa pun, biar orang tahu tiba-tiba saya dah jadi isteri orang.





"Biarlah majlis perkahwinan itu hanya untuk keluarga sahaja dan tak perlu buat besar-besaran," demikian kata pelakon dan penyanyi Zulin Aziz yang enggan berkongsi mengenai majlis perkahwinannya suatu hari nanti selepas kegagalan cinta sebelum ini.

Zulin, 28, yang ditemui di majlis sidang media Gegar Gempak Raya 2019 di Dorsett, Putrajaya iu berkata, dia belajar daripada kesilapan lalu apabila terbuka bercerita mengenai perkara itu, namun akhirnya kecundang di tengah jalan.

Pada November tahun lalu, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz ini mendedahkan majlis perkahwinannya tidak akan berlaku memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir.

Klik untuk gambar besar


Namun, dia enggan berkongsi punca perpisahan mereka kerana perkara itu terlalu peribadi dan memilih untuk meneruskan sesi perkahwinan tersebut dengan menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam video muzik lagu 'Dan Ketika Itu'.

Sementara itu, Zulin yang baru muncul dengan single kedua berjudul "Jadikan Aku Yng Halal' itu menerima kritikan pendengar kononnya dia mencipta lagu kerana terlalu terdesak untuk berkahwin.

Zulin bagaimanapun tidak mahu ambil pusing dengan kata-kata netizen dan menganggap lagu tersebut sebagai satu bentuk karya seni.

"Ada yang cakap saya terdesak nak kahwin, tapi saya dah lali dengan komen begitu. Orang lain pun buat lagu cinta, takkan saya tak boleh. Sedangkan semua lagu lain pun tentang cinta tapi bila saya yang nyanyi siap ada nasihat minta jangan bersedih, pelik pula!" ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: