04 May 2019

IZREEN ANJUR KENDURI DOA SELAMAT RAMADAN, BAYI YANG BAKAL LAHIR


Pelakon Izreen Azminda menerusi posting terkini di laman Instagram miliknya itu telah berkongsi momen ketika dia mengadakan kenduri doa selamat sempena menyambut Ramadan yang bakal tiba.





Disamping kenduri tersebut, Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, 33, juga turut menganjurkan kenduri doa selamat buat bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi itu.

"Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis doa selamat yang serba sederhana ini bersempena manyambut kedatangan bulan yang mulia..

"Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan juga bersempena menyambut kedatangan ahli keluarga baru tak lama lagi. Semoga semuanya dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-Nya," tulisnya.

Walaupun kenduri tersebut disambut sederhana, namun majlis kenduri tersebut tetap meriah dengan kehadiran para tetamu.

"Untuk makluman, Izreen dan suaminya, pemuzik bebas Ude Wahid atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos tahun lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Kami disini mendoakan semoga semua urusan pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' dan keluarganya itu dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: