21 May 2019

ELFIRA LOY DIPERLI NETIZEN GARA-GARA TAK TAHU SIANG IKAN


Pelakon Elfira Loy yang kini hamil anak pertama itu baru-baru ini telah berkongsikan video di InstaStory menunjukkan suaminya, Faris Khairol Anuar sedang menyiang ikan. Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen video tersebut dimana Elfira mengakui bahawa dia tidak tahu cara untuk siang ikan.





Seperti sudah dijangka, video tersebut menjadi bualan hangat di laman Twitter, malah ada yang menyindir pelakon tersebut dengan mengatakan bersanding lima kali tetapi siang ikan pun tidak tahu.

Kata netizen lagi, jika tidak tahu cara untuk siang ikan tidak perlu rasa bangga untuk beritahu perkara tersebut kepada kepada umum. Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan sindiran netizen tersebut dengan mengatakan tiada salahnya suami membantu di dapur kerana itu adalah tugas seorang lelaki.

Klik untuk gambar besar


Usia perkahwinan mencecah lima bulan, Elfira memberitahu tetap berusaha menjalani ibadah puasa meskipun berdepan kesukaran ketika sedang hamil.

Tak pasal-pasal netizen bertelagah tentang isu ini. Tiada masalah pun jika seorang wanita itu tidak tahu memasak atau pun menyiang ikan sebab semua itu boleh belajar perlahan-lahan. Apa pun beruntung Elfira dapat suami yang rajin membantu di dapur.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: