21 May 2019

HIDUNG BERDARAH, MENGALIR TAK BERHENTI: "RASA MACAM ADA KETULAN" - ACHEY


Menerusi laman Instagram, ahli kumpulan Bocey iaitu Achey telah memuatnaik video berdurasi empat minit dimana dirinya berdepan detik cemas apabila hidungnya mulai berdarah kembali.





"Cmne puasa aku hari ni???... bincangkan.., adeyhh doakanlah baik2 yea," tulis pada kapsyen video tersebut.

"Again again huh! Cemana lah agaknya puasa eh? Oh my god.. dia mengalir x henti.. something wrong lah ni. Rasa mcm ada ketulan yg sumbat kat hidung.. pastu dia turun mengalir laju.. Saya x tahu puasa mcm mana ni? Harap oklah puasanya. tawakal je lah," kata Achey sambil merakam videonya.

Klik untuk gambar besar


Lalu, netizen yang mengambil berat terhadap penyanyi lagu 'Yang Terindah' itu turut mendoakan agar segalanya kembali normal. Malah, ada juga yang memberi cadangan agar segera berubat terhadap 'penyakit' yang dialami Achey.

Situasi berkenaan bukanlah pertama kali berlaku buat Achey. Malah dia sebelum ini pernah berkongsi hal sama dan turut menjalani rawatan secara tradisional pada Mac lalu.







www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram Achey Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: