21 May 2019

ISTERI AMMAR ALFIAN: "INI WAKTU SUKAR BAGI SAYA... SEMOGA KAMI AKAN SELESAIKAN..."


"Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada publik tentang kisah peribadi. Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati. Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua. Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu.





"Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya," tulis isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang menyifatkan perbuatannya membuka kisah rumah tangganya ekoran perasaan marah dan sakit hati menerusi Instastory malam semalam.

Malah, wanita itu akui situasi yang berlaku amat sukar bagi dirinya dan keluarga. Petang semalam, Nelissa tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa suaminya curang ketika dia sedang hamil anak sulung mereka. Justeru, Nelissa berharap kemelut rumah tangganya boleh diselesaikan antara dia dan suami dengan baik.

Klik untuk gambar besar


"Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya. Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik," tambahnya.

Untuk makluman, Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kandungan ini merupakan kehamilan pertama Nelissa semenjak berkahwin.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: