07 May 2019

HAMPIR SETAHUN TAK KELUAR TV - DATUK SERI VIDA NAFI JATUH MISKIN


Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) nampaknya sudah hampir setahun jutawan kosmetik Datuk Seri Vida tidak muncul dimana-mana program televisyen selepas kontroversi terpalit sebagai penaja sebuah program rancangan realiti popular.





Timbul pula pelbagai spekulasi mengenai penyanyi lagu 'I Am Me' itu dimana ada yang mendakwa DSV kini berdepan masalah kewangan selepas mata wang kripto LaVida Coin yang dilancarkannya dilanda masalah.

Bagaimanapun, Vida menafikan dakwaan bahawa beliau jatuh miskin dan masih meneruskan perniagaannya seperti biasa serta ada mengeluarkan beberapa produk terbaru.

Klik untuk gambar besar


"Astaghfirullah hal 'azim. Apabila tak keluar televisyen, cakap begitulah. Saya aktif di media sosial. Kalau nak berunding, tiada follower, siapa yang nak beli. Empat tahun asyik berebut mikrofon. Saya sekarang sedang tunggu kalau ada rancangan baharu. Bagilah rancangan apa nak taja, makan-makan ka,” katanya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, Vida berkata beliau akan melancarkan single terbarunya berkonsepkan cinta dijangka akan dikeluarkan selepas Aidilfitri ini. Vida berkata lagi, beliau masih lagi mencari-cari rancangan baru yang sesuai untuk ditajanya. Ujarnya lagi, baru-baru ini beliau ada menaja rancangan berbentuk keagamaan.

Bahkan, katanya, perniagaan masih stabil dengan tumpuan kepada beberapa produk baharu termasuk makanan. Vida menjelaskan perubahan zaman ketika ini memerlukan satu anjakan yang pantas dalam menyesuaikan diri dan produk supaya dapat kekal dalam persaingan perniagaan alaf baharu yang semakin mencabar.


www.myartis.com / Sumber: Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: