07 May 2019

NONNY PELIK MULUT KELUAR DARAH TANPA HENTI - NETIZEN RISAU, DOAKAN PULIH


Menerusi laman Instagram, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah telah memuatnaik video dimana dirinya terkejut apabila darah keluar dari mulutnya tanpa henti dengan kuantiti yang banyak secara tiba-tiba.





Perkara itu agak pelik kerana beliau berada dalam keadaan sihat, langsung tiada batuk dan berlaku ketika beliau sedang duduk, tidak melakukan apa-apa. Nonny berkongsi video kejadian aneh itu menerusi akaun Instagramnya semalam.

Rata-rata netizen risau dengan keadaan Nonny dan meminta beliau untuk segera mendapatkan rawatan di hospital dan mendoakan agar beliau segera pulih.

Tidak mustahil, tekanan dan cuaca panas boleh menjadi faktor darah tersebut keluar. Apa-apa pun, kami doakan agar Nonny dijauhkan daripada perkara pelik dan tabah menghadapi dugaan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Nonny Nadirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: