Jika sebelum ini, hubungan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dikhabarkan berhadapan dengan masalah sejak Februari lalu, namun kini dilihat semakin pulih.
Menerusi satu video tentang perkembangan anaknya, Jebat Jayden yang pertama kali menyebut perkataan 'Baba' menjadi perhatian netizen. Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Sharnaaz sedang bermain dengan anaknya itu.
"First word anakku : Baba 😂 bila anak mommy nak sebut maaamiii pulak 😠tak aci la macam ni... mommy love you anak ❤️," tulis Nabila di laman Instagramnya.
Rata-rata pengikut di laman Instagram sosialnya meluahkan rasa syukur dan gembira apabila hubungan pasangan itu kembali pulih seperti sedia kala menjelang Ramadan.
"Salam sis, dah harmoni kembali dengan abang Sharnaaz? Alhamdulillah, saya suka hubungan suami isteri sis dan suami. Saling melengkapi. - "Tu suara Sharnaaz ke!!! Tolong jangan gaduh-gaduh dah. Muatnaiklah gambar korang pula.
Klik untuk gambar besar
"Moga Jebat anak soleh menjadi sebab keutuhan kasih sayang dan kekuatan rumah tangga baba dan mommy. Saya doakan kalian bahagia hingga ke Jannah. Kekal dalam ikatan suami isteri hingga akhir hayat," komen beberapa pengikut di laman sosial.
Sebelum ini, beberapa perkongsian status Sharnaaz mengundang spekulasi berhubung keadaan rumah tangganya menjadi topik perbualan netizen di laman sosial.
Segelintir netizen memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar hubungan Sharnaaz dan kakak kepada selebriti Noor Neelofa itu berada dalam keadaan baik.
Sharnaaz mahupun Nabila memilih untuk emngunci mulut mengenai gosip berterbangan mengenai rumah tangga mereka. Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakn seorang cahaya mata lelaki ada 30 Ogos tahun lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila & Jebat Jayden
________________________
No comments:
Post a Comment