01 May 2019
TAHNIAH - NOURUL WAHAB DEPP SELAMAT LAHIRKAN 'ISABELLA DEPP'
"Alhamdulillah, selepas beberapa hari melalui tanda untuk bersalin, Isabella selamat dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram. Keadaan saya dan bayi sihat.
"Pada mulanya, saya ingatkan dapat melahirkan anak secara normal, tetapi disebabkan sedikit komplikasi, saya disarankan supaya menjalani pembedahan," demikian kata penyanyi Nourul Wahab Depp yang telah selamat melahirkan anak ketiga, hasil perkahwinannya dengan Eric Daniel Depp, malam semalam.
Bayi perempuan yang diberi nama 'Isabella Depp' itu dilahirkan secara pembedahan, kira-kira jam 11.12 malam di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Penyanyi lagu 'Kerana Terluka' itu berkata, dia juga tidak menyangka gurauan anak lelakinya, Raphael yang mencadangkan supaya dia bersalin secara pembedahan benar-benar terjadi.
Klik untuk gambar besar
"Teringat pula Raphael ada bercakap, 'Mama sakit perut, pergilah hospital. Minta doktor 'belah' perut. Seminit saja, selepas itu sudah tak sakit'. Memang betul, perut saya dibedah.
"Ketika melahirkan Raphael dulu, saya turut bersalin secara pembedahan. Saya bagaimanapun, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami. Nanti saya kongsi wajah puteri kami," ujarnya.
Berita gembira ini turut dikongsikan Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, menerusi laman sosial Instagram miliknya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami. ❤️. Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11:12 malam tadi melalui pembedahan.. Berat 3.02kg saja. Mak dia yang berat..
"Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you ❤️. Thank you for the love and joy that you have shown me.. La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek Isabella sampai pukui 2:30am.
"Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga.. Semoga kalian di rahmati. InsyaAllah tiba masa kami share gambaq #isabelladepp na.. Have a great day❤️. #announcement #isabelladepp #1dayold #deppfamily #thedepps #littledepp," tulisnya di IG.
Untuk makluman, Nourul mendirikan rumah tangga dengan Eric, 53, pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4. Menerusi perkahwinan pertama bersama komposer dan penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nourul Wahab Depp
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment