29 June 2019

"AKU JANDA ANAK 6, TAPI HATI SENANG" - AMELINA


Penyanyi Amelina tidak pernah malu mengakui yang dia adalah janda anak 6. Malah dia turut memuat gambar anak-anaknya itu di laman sosial buat tatapan peminat.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki anak-anak yang sangat memahami.

"Janda aku janda anak 6 Walau aku janda tapi hati aku senang," tulisnya.





"Kaklong berbangga dan rasa sangat beruntung kerana mempunyai anak2 yg memang cukup memahami ibunya.

"Mereka tidak banyak kerenah malah selalu berkata supaya kami bersederhana bila hari raya. cukup seadanya.



"Begitu juga Kaklong beruntung kepada Allah SWT kerana mempunyai ibu dan adik2 yg selalu berada di samping Kaklong memberikan semangat dan sokongan dalam membesarkan anak2.

"Inilah keluarga besar Kaklong.. " tambahnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: