18 June 2019
ALHAMDULILLAH - SERINA REDZUAWAN BERTEKAD BERHIJAB SEPENUHNYA
"Alhamdulillah, sempena Syawal yang mulia, saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan saya sudah berhijab. Memang bukan mudah membulatkan tekad, perlu ada pengorbanan dan guru yang memberi tunjuk ajar. Selain itu, kata semangat dan dorongan daripada keluarga serta sahabat tersayang juga membantu saya untuk terus istiqamah.
"Selalu orang bercakap, hidayah itu milik Allah dan apabila pintu hati sudah dibuka, jangan dipersia-siakan. Saya kena kuatkan hati ini dan pilih kawan yang betul untuk dijadikan pendorong supaya terus istiqamah dengan keputusan yang dibuat.
"Doakan saya istiqamah," demikian kata anak kepada cef selebriti, Chef Wan (Redzuawan Ismail) iaitu pelakon Serina Redzuawan, 36, yang mengumumkan dirinya sudah berhijab dan memberitahu dia membuat keputusan tersebut sempena mengambil keberkatan Syawal yang masih diraikan, menerusi laman Instagram (IG), semalam.
Klik untuk gambar besar
Pelakon drama 'Akademi Polis' itu yang memuatnaik beserta beberapa keping gambar dia sudah bertudung sepenuhnya ini juga berterima kasih kepada Ustazah Asma' Harun yang banyak memberikan inspirasi serta ilmu kepada dirinya: "Doakan Serina Istikhomah. Sama sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna".
Serina berkata, dia enggan mempersia-siakan hidayah yang diberikan Allah apabila digerakkan hati untuk melunaskan tuntutan terhadap wanita Islam. Susulan perkongsian itu, ruangan komen di IG Serina dipenuhi pelbagai reaksi positif, termasuk daripada rakan selebriti seperti Zarina Zainuddin, Zakiah Anas dan Tunku Hanis.
Selain berlakon, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef O'luanaigh, 8, dan Isabella Safiyya O'luanaigh, 7, itu juga aktif menceburi dunia perniagaan. Apapun, sama-sama kita doakan untuk pelakon yang popular menerusi filem 'Mr Cinderella' dan 'Hingga Hujung Nyawa' itu dan untuk diri kita juga.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Serina Redzuawan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment