18 June 2019
SAJAT: "MEREPEKLAH! SAYA TAK PERNAH MINTA..... KENAPA SAYA KENA MINTA MAAF"
Usahawan kosmetik dan juga penyanyi, Nur Sajat semalam telah didakwa dan diminta oleh seorang wanita dikenali sebagai Yusmiliati Mohamed Yusof, membuat permohonan secara terbuka menerusi laman sosial dalam tempoh 48 jam bagi mengelakkan disaman.
Sajat bagaimanapun enggan membuat permohonan maaf dan menganggap dirinya tidak bersalah selain menafikan dakwaan wanita itu kononnya dia pernah mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen bagi menukar jantina pada kad pengenalan.
"Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut. Sebab saya pun tak kenal dan tak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar. Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, kenapa pula saya yang kena minta maaf," katanya.
Terdahulu, Yusmiliati mendakwa pembantu peribadi Sajat, iaitu Ashaari Maznan telah menyatakan hasratnya untuk membuat satu permohonan bagi menukar jantina pada kad pengenalan yang tertera jantina 'lelaki' kepada 'perempuan'. Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan beliau (Sajat) adalah seorang khunsa.
Tidak berpuas hati permohonannya gagal, Sajat dan pembantunya didakwa membuat laporan polis terhadap Yusmiliati atas tuduhan menipu pada 29 Ogos 2018. Susulan laporan tersebut, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari di Balai Polis Ampang bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan. Kes itu sedang dibicarakan.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment