03 June 2019

ALIFF SYUKRI TUNAI JANJI BOTAK - NETIZEN SAMAKAN KEPALA DENGAN ALIFF AZIZ


Menerusi muatnaik terbaharu di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dilihat akhirnya menunaikan janji apabila dirinya nekad membotakkan kepala sebagai memenuhi janji sekiranya video muzik lagu 'Jom Raya' menjadi trending nombor satu di Youtube.





Melihat pada bahagian komen, rata-rata pengikut memuji tindakan berani Aliff dan malah ada juga yang menyamakan kepala botaknya dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Ini berikutan terdapat tanda-tanda merah seperti luka di kepala jutawan tersebut dan ia mula menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut. Ada yang membuat andaian kononnya Aliff turut membuat rawatan menanam rambut atau hair transplant seperti yang dilakukan oleh bekas suami kepada Bella Astillah itu.

Klik untuk gambar besar


"Macam Aliff Aziz daaa... Datuk pun tanam rambut juga ke? - Buat rawatan rambut ke Datuk? - Kenapa rambut Datuk pun ada biji warna merah tu macam Aliff Aziz, buat hair transplant juga nampaknya," tanya pengikut.

Aliff bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan netizen itu dan sekadar memberitahu dia sudah membotakkan rambut. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji penampilan Aliff dan berasakan imej tanpa rambut itu lebih sesuai dan kena dengan wajahnya.

Sehingga kini, video yang dimuatnaik pada Ahad itu menerima hampir 400,000 tontotan. Lagu 'Jom Raya' nyanyian Aliff Syukri bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah kini trending nombor satu di laman Youtube. Ia menerima lebih sejuta tontotan selepas dimuatnaik pada Khamis lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: