03 June 2019
DIKECAM BACA IQRA: "KELAKAR PULA BILA VIRAL..." - EYRA SYUKUR RAMAI SOKONG & DOA
"Mengenai isu dikecam sebab baru belajar baca Iqra tu, saya tak nak komen dah sebab tak naka memanjangkan lagi isu itu. Tapi saya rasa bersyukur ramai lagi yang mendoakan dan menyokong saya tapi rasa kelakar pula bila viral fasal ni," demikian kata pelakon Eyra Hazali.
Gara-gara memuatnaik foto sedang membaca Iqra di InstaStory, pelakon Eyra Hazali menerima kecaman segelintir netizen di laman sosial. Eyra, 20, berkata biarpun ada yang memperlekehkan niatnya namun dia bersyukur masih ada peminat yang menyokong dan mendoakannya.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali ini ketika diminta mengulas mengenai luahan dia berasa sedih apabila ada netizen mempersendakan dirinya yang baru belajar membaca Iqra di laman Twitter itu bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
Klik untuk gambar besar
Namun begitu, ramai peminat yang memberi sokongan untuk pelakon drama bersiri 'Nur 2' itu terus belajar dan tidak mempedulikan kata-kata negatif. Dalam pada itu, selain memanfaatkan masa dalam bulan Ramadan dengan mengaji bersama adik-adik. Eyra juga sibuk menolong ibunya membuat kuih raya.
Menurut tunang kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli ini, sudah menjadi tradisi keluarganya membuat kuih raya setiap kali bulan puasa.
"Sepanjang Ramadan ni saya tak ada banyak aktiviti sangat sebab fokus dengan shooting drama 80 episod berjudul 'Puteri Yang Ditukar'. Kalau sempat pun balik dari kerja, saya akan mengaji dengan adik-adik dan tolong ibu buat kuih. Setiap kali Ramadan memang adik-beradik saya akan berkumpul buat kuih raya sama-sama untuk dijual dan makan sendiri," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Eyra Hazali
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment