22 June 2019

ALLY ISKANDAR NIKAH KALI KEDUA - INI LUAHAN FARAH LEE


Pengacara popular, Ally Iskandar difahamkan telah selamat mengakhiri zaman dudanya apabila kini sah diijabkabulkan buat kali kedua dengan pasangannya. Melihat laman sosial, Ally bagaimanapun tidak membuat perkongsian mengenai majlis pernikahannya. Menjengah Instagram bekas isterinya, Farah Lee dilihat meluahkan rasa: "Bukan aku yang kuat. Hanya rasa yang telah tidak ada".





"Bila mana aku share moment Maream bertemu daddy setelah sampai ke Malaysia dari UK, moment aku dan keluarga mertua juga saat kami beraya bersama, rata-rata merasakan mereka sedih, tersentuh, sayu. Aku juga dikatakan mereka kuat. Kuat menyorok rasa disebalik senyuman di muka. Aku kembali kepada moment tersebut. Apa yang aku rasa? Tiada. Kosong.

"Hanya bahagia menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Tiada apa yang dipalsukan, hanya aku menjadi aku. Telah terlalu banyak rasa aku sudah terpaksa tempuh. Jadi telah penat untuk merasa apa-apa. Kasih yang telah ada juga telah lama lunyai. Harapan? Terus tutup dan katup. Katalah engkau itu ego. Keras hati. Pentingkan diri. Pada aku, itu hadiah Tuhan, yang mengganti perasaan, dengan kekosongan. #FLwrites," tulis Farah di IGnya.

Rata-rata netizen mendoakan agar ibu kepada cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang akan genap usia 5 tahun pada 7 Ogos ini bertemu bahagia selepas nakhoda pertama hancur berkecai. Selamat pengantin baru buat Ally dan semoga Farah Lee bertemu jodoh.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Viral Gempak & Instagram Farah Lee & Ally Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: