15 June 2019

ANAK SELAMAT BERSALIN - ZIELA JALIL TIMANG CUCU SULUNG, PEREMPUAN


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan produser terkenal, Datuk Ziela Jalil yang menimang cucu sulung apabila anaknya, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melahirkan seorang bayi perempuan malam semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Ziela menerusi ruangan InstaStory miliknya dengan memuatnaik beberapa keping gambar.





Ziela turut melahirkan rasa bersyukurnya apabila menerima kehadiran cucu sulung: "My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya Allah," tulis Ziela yang sebelum ini menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.

Untuk makluman, Dr. Puteri Julia Nabilah yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018 itu merupakan anak Ziela dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: