27 June 2019

BILA ALIFF SYUKRI GUNA KWSP, MILIKI RUMAH IMPIAN ATAS PAVILION 6 JUTA


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik popular yang juga bergelar penyanyi dan pelakon, Datuk Seri Aliff Syukri telah mendedahkan dia akhirnya berjaya memiliki sebuah kediaman mewah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Kediaman berkeluasan 3 ribu kaki persegi itu dibelinya dengan harga bernilai RM6 juta.





"Lawa tak rumah abang ni.. bebetul atas Pavilion, mudah abang nak shopping. Impian dan harapan dan berdiri dari hasil sendiri. Impian dan juga harapan abang waktu baru nak up niaga... kadang-kala ada orang kata abang suka menunjuk tetapi sebenarnya ramai orang tak tahu ini adalah impian abang untuk mempunyai antara rumah apartmen paling mahal di Malaysia ni.. di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.

"Abang ni asal kampun Felda Kecau 1 dan teringin nak ada umah di tengah bandar... kadang rasa macam tak logik rumah yang berkeluasan 3 ribu Sft ini harganya hampir RM6 juta tetapi ini adalah nilai yang perlu dibayar," kongsinya.

Klik untuk gambar besar


Lebih menarik kata Aliff dia membeli aset itu hanya menggunakan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perkongsian itu sedikit sebanyak menyuntik inspirasi dalam kalangan pelayar media sosial yang mahukan kejayaan seperti Aliff.

"Dulu abang tanamkan azam kalau ada duit yang lebih abang nak ada rumah persinggahan abang sendiri, weekend house. Abaag dapat membeli rumah ini hanya hasil duit KWSP abang..iyee duit KWSP abang. Lebih kurang 5 tahun abang niaga hasil daripada menyimpan KWSP abang dapat mempunyai rumah di sini... ini adalah salah satu impian abang," tambahnya lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: