27 June 2019

FIZO OMAR: "MAWAR TETAP IBU ANAK KAMI... APAPUN KEPUTUSAN MAHKAMAH....."


"DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI. Sebelum tu sya ign memohon maaf kpd smua rakan media, kwn2, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar ttg cabaran yg dihadapi dalam rumah tangga sya dan mawar. Buat masa ini, saya tidak dpt nak menjawab segala persoalan rakan2 mahupun media yg bertalu2.





Tidak dinafikan yg rumah tangga sya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yg diketahui semua.sya amat berharap terutama pihak media dan netizen dpt bersabar dan memahami situasi kami.. Sesiapa sahaja yg mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.

"Tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah utk di uji bermaksud kita mampu utk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA. Mungkin setiap kejadian yg berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah,setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah. Dan hikmah bergantung kpd kita yg menerimanya. Sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya.

Klik untuk gambar besar


"Walau apa yg berlaku sekalipun, Insyallah hubungan sya dan mawar akn terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yg kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yg terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. Semoga Allah memberkati Mawar dan sya sentiasa doakan yg terbaik utk semua.

"Apa2 pun keputusan mahkamah nanti sya terima dan sya memohon maaf dan juga memaafkan smua pihak. Doa yg baik2 daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yg terbaik antara sya dan mawar.. Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, sya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita sebagai hambaNYA.

"Saya amat berharap, semua pihak dpt memberi ruang kpd kami utk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. Terima kasih sekali lagi, kepada semua yg me berikan Kata2 semangat, doa yg baik2, dan saya juga memaafkan segala komen2 mahupun fitnah yg dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya. Doakan.. Doakan.. Terima kasih," demikian tulis pelakon, pengacara dan usahawan Fizo Omar menerusi laman Instagram miliknya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Fizo Omar & Mawar Karim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: