27 June 2019

ISTERI DAKWA FATIN AFEEFA MUNGKIR JANJI, MASIH DENGAN SUAMINYA


Sekali lagi pelakon Fatin Afeefa didakwa menjalinkan hubungan semula dengan lelaki yang sama berstatus suami orang dan ia didedahkan sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Mag dengan memuatnaik status kecewa terhadap Fatin menerusi akaun Twitter miliknya.





Tahun lalu, nama Fatin pernah dikaitkan dengan kontroversi menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang. Perkara itu tercetus apabila terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan.

Malah kenyataan itu diperkukuh lagi apabila Mag mendeahkan hubungan sulit mereka serta berang dengan apa yang berlaku. Selepas apa yang berlaku, Fatin berjanji tidak akan melakukannya lagi tetapi lain pula jadinya kini.

Fatin merupakan ibu tunggal kepda dua orang anak. Terdahulu dia pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada 2017.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: