27 June 2019

PELAWAK SENIOR DITAHAN TERBABIT PERGADUHAN, POSITIF GANJA


Di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pelawak senior yang terkenal tanah air itu telah ditahan polis selepas terbabit dalam pengaduhan di tempat tersebut. Pelawak berusia 40-an bersama dua orang rakannya itu diarah menjalani air kencing selepas penemuan paket berisi dadah daripada seorang suspek yang juga kenalan pelawak.





Sumber polis sebelum ini menerima laporan berkaitan pergaduhan di hotel tersebut sebelum menahan pelawak itu bersama seorang seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30-an di lobi hotel itu. Pelawak terbabit diberkas sekitar jam 6 petang kelmarin di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras.

Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine. Siasatan mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.

"Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine. Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam: "Dua suspek lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan," ujarnya. Media tempatan sebelum ini melaporkan, pelawak itu pernah ditahan polis atas kesalahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya pada Julai 2015.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: