27 June 2019

FAILKAN CERAI - BYE BYE 'SONG SONG COUPLE'


Nampaknya peminat dengan perasaan sedih terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan yang dikenali sebagai 'Song Song Couple' apabila pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, aktres Song Hye Kyo.





Berita itu disahkan sendiri oleh peguamnya menerusi satu kenyataan kepada pihak media hari ini: "Pada tarikh 26 Jun, kami telah memfailkan permohonan cerai atas permintaan Song Joong Ki di Mahkamah Keluarga Seoul," ujarnya pendek.

Dalam pada itu, Song Joong Ki yang berkahwin dengan Song Hye Kyo pada 31 Oktober 2017 selepas bibit cinta antara mereka mula timbul apabila sama-sama membintangi drama popular 'Descendants Of The Sun' (DOTS) itu juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Klik untuk gambar besar


Menyampaikan pesanan melalui peguamnya, Song Joong Ki memohon maaf kepada semua peminat mereka dan menjelaskan ingin berpisah secara baik: "Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua peminat yang telah menyokong saya... Saya telah memutuskan untuk bercerai dengan Song Hye Kyo. Daripada bergaduh dan saling menyalahi antara satu sama lain lebih baik kami berpisah secara baik.

"Saya harap anda semua faham, hal ini bukanlah sesuatu yang manis untuk didedahkan. Sukar bagi saya untuk memberitahu mengenai perkara ini secara menyeluruh kerana ia melibatkan perkara peribadi. Saya berjanji akan mengatasi perkara ini dan memberikan lebih fokus kepada kerjaya lakonan saya mulai sekarang," jelasnya.

Khabar angin tentang pergolakan rumah tangga 'Song Song Couple' ini akhirnya terjawab selepas khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka bertiup kencang apabila Song Hye Kyo beberapa kali dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya, sejak tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Allkpop


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: